Fakta: Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala
BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA !
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap
leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk
menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan
lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat
menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah
kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan
asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof.
Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut
mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit,
otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan
bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap
leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar
500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini
setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah
persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London
menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang
lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah
memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan
melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8
pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang
paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko
terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta
tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah
untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan
lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya
takut pada kegelapan.
No comments:
Post a Comment