Monday, 30 April 2012

INFO : Sabah & Wilayah Persekituan Labuan Mengalami Gangguan Elektrik

Bermula jam 03.23am semalam, bekalan elektrik di hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus dan mengakibatkan pelbagai masalah hari ini.

Salah satu pepasangan 66kV di pencawang masuk utama Penampang mengalami kerosakan,justeru menyebabkan ketiadaan bekala elektrik pada hari ini.
Pengarah Urusan SESB, Ahmad Fuad Md Kasin berkata,"lebih 400,000 pengguna terputus bekalan eletrik ekoran daripada kejadian tersebut".Lantas mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuah terpelantik dan memaksa pihak SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah.
Tambah beliau lagi,"bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula jam 06.40am tadi". Punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.
Ekoran dari kejadian luar jangka itu,pihak SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terlibat.


No comments:

Post a Comment